http://www.youtube.com/watch?v=e-fA-gBCkj0

AMIN

Friday, December 3, 2010

Tips untuk adik yg sdg mnduduki SPM & STPM


TIPS MENGULANGKAJI MENJELANG PEPERIKSAAN


LANGKAH A - ANALISIS TOPIK
  1. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari
  2. Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.
  3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.
LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT
  1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.
  2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.
  3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda  atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat.  Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
LANGKAH C - MENGULANGKAJI
  1. Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.
  2. Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan  catatkan isi-isinya dalam kertas latihan. 
  3. Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat.  Latihan-latihan tersebut adalah merupakan nota bagi anda.
SELAMAT BELAJAR
ANDA PASTI BOLEH!
 

No comments:

Post a Comment