http://www.youtube.com/watch?v=e-fA-gBCkj0

AMIN

Monday, February 27, 2012

Kanser Mulut


ORAL CANCER (KANSER MULUT)


DEFINISI
Kanser mukosa mulut berkemungkinan berlaku dilidah dan lelantai mulut, serta tisu-tisu mulut yang lain

INSIDEN
  • Lelaki lebih tinggi dari wanita
  • Lelaki berumur 40 tahun keatas

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPRADISPOS 
  • Merokok
  • Pengambilan alcohol
  • Mengunyah tembakau / sogek
  • Pendedahan pada bahan kimia

PATOFISIOLOGI
  • Kanser mulut, bibir, lidah dan farink yang awal menjadikan kawasan tersebut bengkak dengan sempadan yang tidal sama
  • Menjadi ulser yang dalam serta melibatkan tisu dalaman
  • Lesi awalnya melibatkan lapisan mukosa dan submukosa, kemudian melibatkan lidah, orofarink, mandible dan maxilla

MANIFESTASI KLINIKAL
  • Leukoplakia – tumpuk putih
  • Erythroplakia – tumpuk merah
  • Ulser atau lesi mulut yang tidak sakit
  • Kawasan berpigmen coklat atau hitam
  • Susah bercakap, menelan atau mengunyah
  • Lymph node membengkak
  • Kahak mengandungi darah
Lesi oral yang tidak sembuh atau tiada respon terhadap rawatan dalam masa 1 – 2 minggu hendalklah dinilai untuk malignancy

TINDAKAN
  • Mengenalpasti factor penyebab seperti mengunyah tembakau, merokok atau minum alcohol
  • Menentukan tahap tumor dahulu sebelum merancang terapi
  • Biopsy lesi oral untuk menentukan kehadiran sel-sel kanser
  • CT scan
  • MRI (Magnetic Resonance Imaging)



RAWATAN
  • Terapi radiasi (Radiotherapy) digunakan preoperative untuk mengecutkan tumor atau post operatif untuk mengurangkan risiko metastasis
  • Kemoterapi kemungkinan digunakan bergantung pada tahap tumor
  • Surgery bertujuan untuk membuang lesi dan tisu atau lymph nodes berpotensial menjadi kanser.

Bagi karsinoma tahap teruk, memerlukan excision (pembuangan) kawasan terlibat yang lebih luas atau melakukan a radical neck dissection dimana otot dan noda limfa leher dibuang dan semasa pembedahan ini tracheostomy  akan dilakukan, kebiasaannya ia adalah tracheostomy kekal.
Biasanya selepas radical neck dissection individu mengalami perubahan imej

LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN ORAL CANCER
  • Promosi kesihatan – mengamalkan tabiat yang baik iaitu :
    • Elak atau berhenti merokok
    • Elak atau berhenti mengunyah tembakau
    • Elak pengambilan alkohol
  • Ases kaviti oral semua klien terutama klien yang berisiko mengalami oral cancer
  • Sejarah lesi dikaviti mulut → dapatkan rawatan segera
  • Lesi yang tidak sembuh dalam masa dua minggu

No comments:

Post a Comment